Tuesday, March 2, 1999

Pengenalan FOREX

Apa itu Forex Trading?

Forex Trading:
Ianya melibatkan pertukaran melebihi 2.5 trilion dolar. Peserta-pesertanya terdiri dari Bank-bank pusat dan komersil, koperasi, institusi pelaburan, amanah saham dan pelabur individu seperti anda.

Perdangangan Mata wang (Forex Trading)

Pasaran Mata wang (Forex Market)?

Perdangangan mata wang (Pertukaran Mata wang, Forex, FX) adalah pasar terbesar dan berkembang paling cepat di dunia. Ianya melibatkan pertukaran melebihi 2.5 trilion dolar. Peserta-pesertanya terdiri dari Bank-bank pusat dan komersil, koperasi, institusi pelaburan, amanah saham dan pelabur individu seperti anda.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam Pasaran?

Pasar merupakan tempat barangan diniagakan dan sama seperti Forex. Dalam Perdangangan Mata wang barangan tersebut adalah mata wang itu sendiri dari pelbagai negara (sepertimana juga emas dan perak). Sebagai contoh, anda barangkali membeli euro dengan menggunakan US dolar atau anda menjual Japanese Yen untuk Canadian dolar. Inilah asas kepada perdagangan antara mata wang.

Pastinya anda tidak perlu membeli atau menjual mata wang yang sebenar, secara fizikal : anda hanya perlu berdagang dan bekerja dengan mata wang asas dan berurusan dengan mana-mana pasangan mata wang yang anda inginkan.

“Laverage” adalah satu kelebihan dalam Forex Trading

Nisbah pelaburan kepada nilai sebenar dipanggil “laverage”. Menggunakan $ 1,000 untuk membeli satu kontrak Forex dengan nilai $ 100,000 nisbah “laverage” adalah bersamaan dengan nisbah 1: 100. Keseluruhan pelaburan anda yang berisiko tinggi hanya $ 1,000 tetapi apa yang bakal anda dapat jauh lebih besar gandaannya.

Bagaimana seseorang mendapat keuntungan dari Forex Trading?

Pastinya beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi! Potensi keuntungan sebenarnya datang dari perubahan harga pasaran pertukaran mata wang. Tidak seperti pasaran saham dimana saham harus dibeli, untuk Pasaran Forex tidak memerlukan pembelian mata wang secara fizikal tetapi ia hanya melibatkan satu kontrak untuk sejumlah kadar pasangan pertukaran mata wang.

Kelebihan Pasaran Forex adalah peningkatan dan penurunan berlaku setiap hari – dalam Pasaran Forex perubahan biasanya berlaku disekitar 1% dan mendapat gandaan 100 kali. “Laverage” atau nisbah ini bergantung kepada Trading platform ianya disekitar 1:50 hingga 1:500. (Ini bermaksud jika anda meletakkan deposit berjumlah $ 1,000 anda dibenarkan untuk berurus niaga sehingga $ 100,000 jika “Laverage” pada nisbah 1:100)

Tapi harus diingat anda perlu mengekalkan sedikit margin bagi membolehkan ia menampung kadar penurunan (rugi) dimana jika sekiranya ia berlaku dengan secara automatik kontrak anda akan terbatal.

Berapa tinggi risiko Forex Trading?

Anda tidak akan rugi melebihi jumlah palaburan asas (juga dipanggil “margin”). Keuntungan yang bakal anda dapat tidak terhad, tetapi yang pasti anda tidak akan rugi melebihi pelaburan asas (margin). Jadi anda dinasihatkan untuk tidak menanggung risiko terlampau tinggi melebihi kemampuan.

Bagaimana hendak bermula?

Terdapat banyak “Trading Platform” diantaranya adalah:

• Easy Forex

• Marketiva

• FX Open

• FXCM

• Interbank FX dan sebagainya

Apa yang perlu anda lakukan hanya mendaftar sebagai ahli dan masukkan sejumlah deposit kedalam akaun sebagai margin pelaburan. Cara pembayaran adalah berbeza diantara “Trading Platform” diantaranya adalah:

• Local Bank

• Kredit kad utama

• Paypal

• Western union dan sebagainya

Anda boleh bermula bila-bila masa bilamana deposit anda diterima.

Bagaimana hendak mengawasi Forex Trading?

Online dimana sahaja dan bila-bila masa. Anda berkuasa penuh untuk mengawasi dangangan anda telah buat, melihat pergerakan, menukar syarat perjanjian kontrak jual beli mahupun membuat pengeluaran keuntungan.

Belum cuba belum tahun. Rezeki itu datang dari tuhan kita hanya berusaha untuk mendapatkanya.

Regard by

Admin

Online visitor